Latest Announcements

NOTIS LELONG AWAM DI BAWAH SEKSYEN 53, PENANG PORT COMMISSION ACT 1955 DAN PERATURAN 34, PERATURAN-PERATURAN ZON BEBAS (PINDAAN) 2022 - BARANGAN YANG DITINGGALKAN ATAU TIDAK DIISYTIHARKAN DI PREMIS PELABUHAN, PELABUHAN PULAU PINANG

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang selaku Pihak Berkuasa bagi Pelabuhan Pulau Pinang akan mengadakan Lelong Awam pada hari Khamis, 5 Februari 2026, ja... Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang selaku Pihak Berkuasa bagi Pelabuhan Pulau Pinang akan mengadakan Lelong Awam pada hari Khamis, 5 Februari 2026, jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Selat Selatan, Tingkat 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A Pesara King Edward, 10300 George Town. Lelongan ini melibatkan barangbarang yang ditinggalkan atau tidak diisytiharkan di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU). Pihak yang berminat untuk menyertai lelongan ini boleh mendaftar mulai 23 Januari 2026 di link: https://forms.gle/ntiXp27V6bcNRkJR6. Terma dan syarat-syarat juga boleh dilihat di link tersebut. Lawatan tapak bagi melihat dagangan akan diadakan pada 28 Januari 2026, jam 10:00 pagi di yad Pelabuhan Pulau Pinang. Maklumat dagangan yang dilelong juga boleh didapati di laman sesawang https://penangport.gov.my. Pembida yang mengambil bahagian dikehendaki membayar 25% wang pendahuluan daripada harga rizab yang ditawarkan dalam bentuk Pindahan Wang / Electronic Fund Trasfer (EFT) (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. - Nombor Akaun : CIMB Islamic Sdn Bhd - 8603224666) dengan rujukan “Deposit Lelongan Awam” selewat-lewatnya sebelum atau pada 3 Februari 2026. Pemilik sah dagangan akan dilelong yang berhasrat untuk menuntut dagangannya boleh berbuat demikian dengan mengemukakan dokumen sokongan dan menghubungi Unit Zon Bebas, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang di talian 04-323 8723 atau emel [email protected] sebelum 3 Februari 2026. View More

Published: 23 Jan 2026 03:57 PM

Attachment